Saturday, August 31, 2019

BERITA

D'HEARTLESS BAND, adalah sebuah kumpulan pemuzik tempatan warga Kampung Desa Permai Sandakan yang diketuai oleh Adik Rihan Bin Masrin (LYAN MRIYAN). D'Heartless telah bergiat aktif sejak tiga tahun dan berjaya menghasilkan beberapa lagu ciptaan sendiri seperti 'CINTA DALAM DIAM' & 'LUMPUHKAN INGATANKU' yang kini boleh dilayari di You Tube dengan menekan butang SUBSCRIBE.




Foto : Along Masrin

Foto : Along Masrin

Foto : Along Masrin




KEJADIAN ANGIN KENCANG

Isnin, 15 Julai 2019: Penduduk Kampung Desa Permai dikejutkan dengan bencana angin kencang selepas solat isyak sekitar jam 08.30pm. Dalam kejadian berkenaan sebanyak 22 buah rumah telah mengalami kerosakan pada bumbung dan dinding-dinding rumah. Walaubagaimana pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan alhamdulillah perkara ini telah diberi perhatian dari pihak Wakil Rakyat kawasan Sekong, Parlimen, Jabatan Kebajikan Masyarakat & NGO turut terlibat dalam menyalurkan bantuan kepada  mangsa terlibat.


Foto : Kasim Hasim
Foto : Kasim Hasim
Foto : Kasim Hasim



PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

Ahad, 14 Julai 2019: Program Silaturahim Bersama Pemimpin anjuran Jawatankuasa MPKK Kampung Desa Permai Sandakan yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Arifin Asgali Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N43 Sekong.
Foto : Azman Ajim

Foto : Azman Ajim

Foto : Azman Ajim








AKTIVITI

Mengimbas kembali masyarakat Kampung Desa Permai ketika solat berjemaah Hari Raya Aidilfitri 2019 di Dewan Serbaguna Pak Kombat (Surau Sementara).
Foto : Along Masrin

Solat berjemaah malam sebelum Hari Raya Aidiladha di Surau Istiqamah Kg. Desa Permai.
Foto : Surah Jamai



SOLAT BERJEMAAH DI SURAU SEMENTARA KG. DESA PERMAI
Foto : Surah Jamai

Foto : Surah Jamai




INFO SEMASA

Sabtu, 31 Ogos 2019: Ternakan kelulut yang telah mendapat hasil pulangan lumayan yang diusahakan oleh saudara Cikgu Haidin Osman dengan modal RM8K.

CARA & KAEDAH TERNAK KELULUT
Foto : Azman Ajim

Foto : Azman Ajim

Foto : Azman Ajim





KOSTING - BURUNG WALIT

BURUNG WALIT (Aerodemus fuciphagas atau Aerodemus collocalia maxcimus) adalah sejenis burung liar dari keluarga Apodidae yang kini sangat popular dan menjadi aktiviti ternakan burung yang hebat. Permintaan tinggi industri sarang burung walit atau orang biasa kata sebagai burung layang-layang mencetuskan satu perusahaan baru di Malaysia dan Indonesia serta negara berkaitan. Kini dari laporan MOA anggaran nilai pengeluaran hasil dari sarang burung sebanyak jutaan ringgit setahun. Anggaran sebenar tidak diperolehi kerana sebahagian besar pemilik rumah walit mejadi rahsia mereka. Ramai diantara mereka telah menjadi jutawan senyap semenjak dulu dan ianya menjadi 'boom' selepas Bencana Tsunami di Acheh tahun 2008. Hasil kutipan juga senyap kerana sebab sebab tertentu dan menjadi rahsia mereka dan jarang ada maklumat sebenar diperolehi. Kini telah ujud satu garispanduan untuk diguna oleh menternak burung walit sebagai rujukan teknikal. Anda boleh berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar terdekat. Saya mula mengetahui tentang kehebatan burung walit secara serius semasa peristiwa berlakunya Tsunami di Acheh dimana ketika itu banyak burung walit telah pun berpindah ke Malaysia. Permintaan tinggi terutama kalangan masyarakat Cina membuatkan jumlah pengusaha dan rumah bagi sarang burung terbabit di Malaysia kini dianggarkan berjumlah lebih 1,000 orang dengan nilai pelaburan mencecah jutaan ringgit. Harga sekilogram sarang burung mentah ialah sekitar RM2,000 hingga RM12,000 masa itu dan perkembangan terbabit telah mencetuskan aktiviti menukar bangunan komersial dan rumah dalam bandar menjadi pusat perusahaan sarang burung walit. Dibimbangi perkembangan perusahaan yang tidak terkawal boleh menimbulkan konflik, kerajaan juga telah bersetuju mengawal perusahaan melalui proses pelesenan dan pendaftran rumah burung walit ini. Artikel subuh ini daripada tingkat 12 Hotel Avillion Legacy Melaka, saya mendapat idea untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi dan kosting menternak burung walit berdasarkan kursus yang telah saya hadiri dan membuat rujukkan dari beberapa sumber rasmi.


Anggaran pembinaan bangunan untuk Sarang Burung Walit Komersil yang berukuran 40 kaki x 60 kaki setinggi 3 tingkat adalah sekitar RM 120,000. Bagaimana pun kini telah banyak rekabentuk dan bahan yang diggunakan sehinggakan harga sebenar mengikut kemampuan pengusaha. Kesesuaian tapak bangunan perlu diteliti dulu kerana jika salah buat berkemungkinan burung tidak suka untuk mendiami bangunan tersebut. Sebaiknya faktur kedudukan arah pintu keluar-masuk, arah matahari turun naik, arah angin, kedudukan dengan permukaan air seperti sungai atau tasek amat mempengaruhi kriteria rumah burung walit ini. Pengalaman penulis dalam beberapa penelitian dan temubual dengan pengusha burung walit menyatakan bahawa kawasan yang agak sunyi, bebas dari pencemaran udara (seperti asap, bunyi bising)dan tiada gangguan musuh semulajadi (burung helang, burung pungguk, burung hantu dan tikus serta semut) membantu burung menyukai untuk tinggal dalam bangunan yang dibina. Pembinaan sarang burung walit yang sering tidak dicat membolehkan kita mudah melihat kedudukan sarang rumah tersebut sebagai rumah burung walit. Lazimnya ia dikunci dengan kukuh untuk mengelakkan sebarang kes pencerobohan dan kecurian.

Berikut adalah kosting dalam membuat bidangusaha tyernakan burung walit untuk panduan anda semua.


1 KOS TETAP (Pembangunan)
Paling asas dalam industri ini adalah untuk kerja-kerja pembinaan bangunan atau Sarang burung walit komersial yang sempurna dan lengkap. Saiz standard yang sering dibuat adalah setinggi tiga tingkat berukuran  40' x 60' persegi dengan dinding konkrit. Bangunan setinggi 3 tingkat ini akan dipasang kayu palang dibahagian bawah lantai setiap tingkat untuk membolehkan burung walit membina sarangnya pada pepara kayu yang dibina bersilang-silang. Didalam bangunan konkrit ini dibuat sistem pengudaraan (ventilatioan system yang baik) dimana suhu didalamnya sentiasa stabil dan tidak panas. Anggaran kos minima bagi pembinaan sarang burung walit ini dikira sekitar RM 120,000 dan boleh mencecah lebih dari angka tersebut. Ini juga merupakan kos pelaburan paling tinggi bagi menceburkan diri untuk burung walit. Kelengkapan lain seperti alatan eletronik CD dan speaker bunyi burung walit dan peralatan lain perlu dilengkapkan. Ramai dikalangan usahawan yang membuat pinjaman daripada bank walau pun risikonya agak besar kerana jika burung walit tidak menghuni rumah tersebut memang ... rugi pengusaha tersebut.


2 KOS MODAL PUSINGAN 

Setahun (Overhead Cost)
Dalam menternak burung walit dikatakan menggunakan kos upah yang rendah jika dibandingkan dengan aktiviti pertanian yang lain. Dianggarkan Kos tenaga buroh yang diperlukan adalah cuma RM 12,000 setahun atau sekitar RM1,000 sebulan sahaja untuk kerja-kerja seperti penyelenggaraan sarang, mengutip hasil, membuat pemeriksaan dan juga kerja lain berkaitan. Pekerja perlukan sedikit ilmu dan kemahiran dalam membuat penyelenggaraan. Kos untuk penggunaan tenaga eletrik dan air dianggarkan sebanyak RM 1,000 setahun (Tidak banyak gunakan lampu dan letrik). Air hanya untuk air minuman dan kolam takungan dalam sarang (Perlu ditukar airnya). Kos Permulaan penternakan burung walit selama setahun dianggarkan sebanyak RM 133,000. Pada masa ini memang agak lambat lagi untuk kita mendapatkan pulangan kerana burung walit akan mengambil masa untuk mendiami dalam rumah burung walit yang baru siap dibina. Bergantung kepada nasib dan kesesuaian, ia mengambil beberapa bulan untuk didiami.


3 ANGGARAN HASIL Sarang burung (minima)

Burung walit lazimnya akan mula mendiami sarang burung bergantung kepada kesesuaian untuk bersarang. Ia mengambil masa 4-6 bulan untuk masuk dan membina sarang dan juga bertelur seterusnya membina sarang sendiri. Sarang tiruan yang dipasang juga boleh menggalakkan burung walit masuk kedalam bangunan. Pemerhatian daripada beberapa pengusaha mendapati pada akhir tahun pertama (1st year) dianggarkan sebanyak 0.5 kg sarang burung walit boleh dikutip dan boleh dijual dengan harga RM 6,000 sekilogram. Anggaran hasil ini menjadikan jumlah pendapatan kasar bagi tahun pertama dianggarkan sebanyak RM 3,000. Pada akhir tahun ke-2 pula dianggarkan sebanyak 7 kg (Harga sekitar RM 6,000 /kg) menjadi anggaran jumlah nilaian hasil sekitar RM 42,000. Seterusnya pada akhir tahun ke tiga (3 year) sebanyak anggaran 14 kg sarang burung walit akan dituai dengan nilai pendapatan kasar sebanyak RM 84,000. Pada akhir tahun ke 4 pula sebanyak 20 kg sarang burung akan dituai dengan anggaran nilai hasil atau pendapatan kasar sebanyak RM 120,000. Kiraan kasar pada akhir tahun ke 5 juga sebanyak 20 kg boleh dituai dan jika harga ladang pada RM 6,000 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar adalah sebanyak RM 120,000. Perkiraan diatas dengan mengambilkira bahawa burung walit mendiami sarang mngikut jadual biasa dan diselenggara dengan baik dimana populasinya penoh.


4 ANALISA KEUNTUNGAN Tahunan

Dalam membuat aktiviti pertanian, faktur keuntungan merupakan sasaran utama penternak. Analisa kewangan perlu dibuat setiap tahun dengan membuat pemantauan rapi. Dari data yang diperoleh oleh beberapa pengusaha, pada tahun pertama sebanyak pendapatan kasar hanya sebanyak RM 3,000 menjadikan pendapatan adalah negatif RM 130,000. Bagaimana pun pada tahun ke 2 lazimnya pendapatan sebanyak RM 42,000 hasil dikumpulkan dimana kiraan ini (RM 7,000 + RM 29,000) juga masih memberikan pulangan bernilai Negatif RM 88,000. Begitu juga pada tahun ke 3 dimana anggaran pendapatan bersih penternakan adalah sebanyak RM 84,000 iaitu masih juga Negatif RM 4,000. Penternak burung walit hanya akan mula tersenyum pada tahun 4 dengan nilai kutipan hasil sebanyak RM 120,000 dan keuntungan bersih mencecah RM 116,000 dan begitu juga dengan jangkaan penghasilan pada tahun ke 5 juga sebanyak RM 120,000. Pada masa ini jika pengeluaran dan hasil sarang burung walit baik, lazimnya usahawan burung walit akan diam sahaja (maklumlah ada pendapatan baik). Terdapat juga pengusaha burung walit yang mula memproses sendiri produk burung walit menjadi produk lain seperti minuman berkhasiat dan sebagainya.  Ada juga pengusaha burung walit yang dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali modal sepenuhnya.















Friday, August 30, 2019

CARTA MPKK






PENGERUSI DAN BIRO-BIRO MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG
( MPKK )


AKTIVITI

Khamis, 11 Ogos 2019: Selepas solat berjemaah aidil adha, acara penyembelihan korban seekor lembu sumbangan ADUN N43 Sekong untuk diagihkan kepada masyarakat Kampung Desa Permai Sandakan.
Foto : Surah jamai

Foto : Surah Jamai



05 MEI 2019 : Gotong royong bersama penduduk untuk membersihkan kawasan persekitaran kampung.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan luaran
Foto : Surah Jamai



Foto : Surah Jamai

Foto : Surah Jamai



PROFIL KAMPUNG

A. MAKLUMAT ASAS KAMPUNG

NEGERI
SABAH
Daerah
SANDAKAN
Mukim
KAMPUNG GAS / SEKONG
Parlimen

Parlimen
P185 BATU SAPI
Ahli Parlimen
YB DATUK LIEW VUI KEONG J.P.
Dewan Undangan Negeri (DUN)

DUN
N43 SEKONG
Ahli DUN
YB DATUK ARIFIN BIN ASGALI
Pegawai Daerah (OKK)
TUAN HAJI ADNAN BIN HASSAN
Ketua Kampung
SURAH BIN JAMAI
No. Telefon Bimbit
017-8903150
Pentadbir Kampung (MPKK)

Nama Pengerusi MPKK
SANSI BIN ENTING
No. Telefon Bimbit
011-31054376
Alamat E-mail

Alamat Surat Menyurat
Kampung Desa Permai, Zon Gas, KM 11, Jalan Sinora, Batu Sapi, W.P.K. 630, 90000 Sandakan, Sabah.
Poskod
90000

B. PELAN SUSUN ATUR

Konsep Susun Atur Kampung
KAMPUNG TRADISIONAL & RUMAH SEBUAH
Pelan Susun Atur Kampung
LAMPIRAN
Pelan Ke Lokasi Kampung
LAMPIRAN

C. DEMOGRAFI PENDUDUK (Bagi yang bermastautin sahaja)

Bilangan Penduduk
268 Orang

Bilangan Keluarga
48 Buah Rumah

Jantina


Lelaki
99 Orang

Wanita
169 Orang

Kaum


Bumiputra Melayu Islam
Lelaki : 98 Orang
Wanita : 169 Orang
Cina
Lelaki : 1 Orang
Wanita : -
Umur


60 Tahun ke atas
Lelaki : 8 Orang
Wanita : 7 Orang
40 – 59 tahun
Lelaki : 27 Orang
Wanita : 26 Orang
18 – 39 tahun
Lelaki : 35 Orang
Wanita : 65 Orang
13 – 17 tahun
Lelaki : 12 Orang
Wanita : 49 Orang
7 – 12 tahun
Lelaki : 17 Orang
Wanita : 22 Orang



Pendapatan Isi Rumah :

Kurang RM700 Sebulan (Sabah)
Lelaki : 60 Orang
Wanita : 07 Orang
Melebihi RM1,800 Sebulan
Lelaki : 12 Orang
Wanita : 4 Orang
Pekerjaan


Kakitangan Kerajaan
Lelaki : 11 Orang
Wanita : 1 Orang
Pekerja Swasta
Lelaki : 45 Orang
Wanita : 10 Orang
Petani/ Perternakan/ Nelayan
Lelaki : 10 Orang
Wanita : 0
Usahawan/ Peniaga
Lelaki : 6 Orang
Wanita : 4 Orang
Kerja kampung
Lelaki : 0
Wanita : 0
Kanak-kanak yang masih bersekolah
Lelaki : 29 Orang
Wanita : 71 Orang
Penganggur
Lelaki : 07 Orang
Wanita : 20 Orang
Golongan Khas


Bil. OKU (17 tahun dan kebawah)
Lelaki : 01 Orang
Wanita : 0
Bil. OKU (18 tahun dan keatas)
Lelaki : 01 Orang
Wanita : 02 Orang
Bil. Ibu/ Bapa Tunggal
Lelaki : 0
Wanita : 08 Orang
Bil. Anak Yatim/ Yatim Piatu
21 tahun kebawah
Lelaki : 0
Wanita : 0
Bil. Ibu Tunggal Bekerja

Wanita : 01 Orang
Bil. Pelajar Pra Sekolah 5 – 6 Tahun (Kerajaan/ Swasta)
Lelaki : 09 Orang
Wanita : 13 Orang
Bil. Pelajar Sekolah Rendah
Lelaki : 17 Orang
Wanita : 22 Orang
Bil. Pelajar Sekolah Menengah
Lelaki : 12 Orang
Wanita : 49 Orang
Bil. Pelajar IPT
Lelaki : 02 Orang
Wanita : 01 Orang

D. MAKLUMAT TANAH

Keluasan Keseluruhan Kampung
4.41 Ekar
Status Tanah
Geran NT 073006612 (Persendirian)
Keluasan Tanah yang diusahakan
20 % Tanaman Buah-Buahan
Keluasan Tanah yang terbiar
25 % Kawasan Tapak Cadangan Pembangunan
Status Perkampungan
Dalam Proses Pengurusan
Kawasan Lapang / Rekreasi
Tiada
Pelbagai

Kawasan Risiko Banjir
Tiada
Sistem Parit / Longkang
Ada

E. KEGIATAN EKONOMI


1. Pertanian


Bil
Jenis Tanaman (Catatan)
Bil Pengusaha
Pendapatan Tahunan
1
Tanaman Kontan (Ubi-Ubian)
0
RM 0
2
Tanaman Kontan (Tebu)
0
RM 0
3
Tanaman Kontan (Sayur-Sayuran dll)
0
RM 0

2. Perternakan / Perikanan


Bil
Jenis Perternakan / Perikanan
Bil Pengusaha
Pendapatan Tahunan
1
Perternakan Lembu
0
RM 0
2
Perternakan Kambing
02
RM (Tiada Rekod)
3
Perternakan Ayam
0


RM 0

F. MAKLUMAT HAK MILIK PENDUDUK

Bil. Rumah
48 Buah Rumah
Jenis Rumah

Rumah Sebuah
48 buah
Rumah Tradisi
0
Rumah Panjang
0
Rumah Berkembar
0
Binaan Rumah

Batu
0
Kayu
47 buah
Separa Batu / Kayu
01 buah
Kenderaan

Kereta
35 buah
Motosikal
03 buah
Lori
02 buah
Bas Sekolah
0
Basikal
0
Van
01 buah
Motorbot
04 buah
Sampan
04 buah
Kemudahan Telekomunikasi

Komputer
50 %
Internet / Jaringan
Ada
Astro
90 %
Telefon
Majoriti menggunakan telefon bimbit
Kemudahan Pelancongan

Chalet
Tiada
Rumah Homestay (berlesen)
Tiada
Produk Pelancongan (cth : Kraftangan)
Tiada
Produk Pelancongan (cth : Nursery)
Tiada
Tempat Menarik
Ada (perlu naik taraf)
Kediaman Rumah
Tahap keselesaan / Keselamatan Semua Rumah Di Kampung ini
-Baik
06 buah
-Sederhana
34 buah
-Kurang Baik
08 buah
Keadaan Rumah

-Baik
06 buah
-Sederhana
34 buah
-Kurang Baik
08 buah

G. MAKLUMAT KEMUDAHAN AWAM

Infrastruktur

Jalan Kampung Bertar
Tiada
Jalan Kampung Tanah
30 % Perlu naik taraf
Jalan Simen
Ada (200 meter dari jalan utama)
Jalan Kayu
Tiada
Jeti / Jambatan
Jambatan Separa Konkrit 500 meter



Bekalan Air Bersih

Air Paip Kerajaan
48 buah
Air Paip Swasta
Tiada
Perigi / Telaga
Tiada
Takungan Air Hujan
Tiada
Bekalan Elektrik

Grid
48 buah
Hidro
Tiada
Solar
Tiada
Generator
Tiada
Sistem Sanitasi

Tandas Tarik (Pam)
70 %
Tandas Curah
Tiada
Tandas Lubang
30 %
Tiada Tandas
0
Kemudahan Perniagaan

Bil. Bengkel
Tiada
Bil. Kedai
03 buah
Bil. Gerai
02 buah
Aktiviti / Pusat Pendidikan

Marhaban / berzanji
Ada
Pusat Tuisyen
Tiada
Pusat Kemahiran
Tiada
Mengaji Quran / Iqra
Ada
Fardu Ain / Kifayah
Ada
Kemudahan Asas

Surau
Ada (Surau Sementara)
Balai Raya
Ada
Klinik Desa / Bergerak
Tiada
Pusat ICT Desa / Pusat Komputer
Tiada
Bilik Gerakan
Ada
Dewan Orang Ramai
Ada
Bangunan Kerajaan
Ada (Bilik Madrasah Kg Desa Permai)
Telefon Awam
Tiada
Hentian Bas
Tiada
Lot Permainan Kanak-kanak
Tiada
Padang Bola
Tiada
Gelanggang Permainan
Tiada
Tapak Perkuburan
Ada
Kemudahan Sisa Pepejal / Pembuangan Sampah
Tiada
Khidmat Kutipan Sampah

Rumah Ke Rumah
Tiada
Berpusat (Diurus Jabatan Kerajaan)
Ada
Berpusat (Diurus MPKK)
Tiada
Khidmat Pengangkutan Awam

Kereta / Van Sewa
Ada
Bas Awam
Ada
Teksi
Ada
Bas Sekolah / Bas Kilang
Ada
Kekerapan Khidmat Pengangkutan Awam
30 minit



Lampu Jalan

Bil. Tempat Penting Yang ADA Lampu Jalan
Rujuk MPKK
Bil. Tempat Penting Yang TIADA Lampu Jalan
Rujuk MPKK
Persimpangan Jalan
Tiada
Surau
Ada
Kawasan Perkuburan
Tiada
Dewan Orang Ramai / Balai Raya
Ada
Bangunan Kerajaan
Tiada

H. MAKLUMAT MPKK

Maklumat MPKK

No. Akaun Bank

Bank

Agensi Penyelaras
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Nama Penggerak
Majlis Perbandaran Sandakan
Nama Pengerusi MPKK
SANSI BIN ENTING
No. Telefon Bimbit
011-31054376
E-mail

Kekerapan Aktiviti Anjuran MPKK

Kemasyarakatan

Kecerian / Kebersihan
Ada (Gotong royong)
Purata Penglibatan Bilangan Orang Kampung Dalam Aktiviti-Aktiviti MPKK
75 %
Jenis-jenis Aktiviti Yang Dianjurkan MPKK

Program Silaturahim
Pemimpin Bersama Rakyat (14 Julai 2019)
Kebudayaan / Kesenian
Tiada
Keagamaan / Kerohanian
Tiada
Kualiti Hidup

Wabak Penyakit Denggi, Malaria, Taun, Kepialu, Tangan, Kuku, Mulut Dan Lain-lain.
Jenis :
Kualiti Alam Sekitar

Air
Tiada
Udara
Ada
Bunyi
Tiada
Kes Jenayah
Ada (Rujuk MPKK)
Kes Dadah
Ada (Rujuk MPKK)
Bil. Pasangan
Nikah :                                 Cerai :

I. MAKLUMAT IBU / BAPA TUNGGAL

Maklumat Ibu / Bapa Tunggal (1)

Nama Ibu / Bapa Tunggal

No. Kad Pengenalan

Pekerjaan

Pendapatan KIR

Bil. Tanggungan

Alamat






Maklumat Ibu / Bapa Tunggal (2)

Nama Ibu / Bapa Tunggal

No. Kad Pengenalan

Pekerjaan

Pendapatan KIR

Bil. Tanggungan

Alamat

Maklumat Ibu / Bapa Tunggal (3)

Nama Ibu / Bapa Tunggal

No. Kad Pengenalan

Pekerjaan

Pendapatan KIR

Bil. Tanggungan

Alamat


J. MAKLUMAT MISKIN TEGAR

Nama

No. Kad Pengenalan

Pekerjaan

Pendapatan KIR

Bil. Tanggungan

Alamat


K. MAKLUMAT ANAK YATIM

Nama

No. Kad Pengenalan

Umur