Monday, September 9, 2019

PENGENALAN

Kampung Desa Permai terletak 11 Kilometer dari pusat bandar Sandakan Sabah. Nama jalan menuju ke kampung ini adalah Jalan Batu Sapi iaitu arah ke Selatan dari pusat bandar utama. Terdapat satu tempat menarik berhampiran Kampung Desa Permai yang diberi nama Batu Sapi Heritage Park. Dimana terdapat sebuah batu dipinggir laut yang seolah-olah menyerupai seperti seekor Sapi. Banyak cerita dan sejarah lampau tentang batu semula jadi ini, itu sebab jalan utama menuju ke pusat bandar digelar Jalan Batu Sapi sebagai tagline batu semula jadi bersejarah berkenaan. Para pengunjung boleh melawati tempat ini dengan menggunakan kenderaan perkhidmatan awam samada menaiki Bas, Teksi atau Perkhidmatan Grab melalui pintu utama Batu Sapi Heritage Park dari Jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Batu Sapi Heritage Park

Pelan Lokasi Kampung Desa Permai Sandakan

Pelan Rumah Penduduk Kampung Desa Permai




No comments:

Post a Comment