PROGRAM

Ahad, 14 Julai 2019 : Program Silaturahim Bersama Pemimpin yang julung kalinya di adakan anjuran Jawatankuasa MPKK Kampung Desa Permai yang di sempurnakan oleh YB Tuan Arifin Bin Asgali Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N43 Sekong. Dalam program ini, di mulakan dengan acara serah tugas oleh mantan Ketua Kampung Encik Enting Bin Jalalain kepada Encik Surah Bin Jamai selaku pemegang jawatan Ketua Kampung Desa Permai yang baharu. Sebagai tanda penghargaan, YB Tuan Arifin Bin Asgali memberikan cenderahati kepada mantan Ketua Kampung Desa Permai.
Foto : Azman Ajim

Bagi memberi ruang kepada masyarakat Kampung Desa Permai, pihak penganjur menyediakan slot perbahasan dalam sesi dialog selain mengetengahkan permasalahan kampung untuk di ambil perhatian dan tindakan lanjut dari pihak Yang Berhormat Pembantu Menteri.
Foto : Azman Ajim

Mengiringi Yang Berhormat Pembantu Menteri melawat masyarakat Kampung Desa Permai yang uzur dan memberikan sumbangan ehsan.
Foto : Azman Ajim

YB Pembantu Menteri melawat Encik Lamsing Miasin yang lama terlantar sakit akibat diabetes.
Foto : Azman Ajim

YB Pembantu Menteri meluangkan masa untuk berbincang bersama masyarakat kampung.
Foto : Azman Ajim

Sebelum berangkat balik YB Pembantu Menteri melawat isteri mantan Ketua Kampung Desa Permai Encik Enting Jalalain.
Foto : Azman Ajim




















No comments:

Post a Comment